Tuesday, October 14, 2014

SAMBUTAN PENDAFTARAN BANGI NITE RIDE 2014 MENGGALAKKAN



Salam kepada semua rider..

Sambutan BNR 2014 nampaknya sangat menggalakkan. Jadi Kelab Berbasikal Bangi ingin menaikkan jumlah peserta terawal yg mendapat reflector vest kepada 150 orang.

Di samping itu, kelab juga melanjutkan tarikh akhir untuk mendaftar iaitu 15 November 2014..

Jadi kepada riders di luar sana yang belum mendaftar, ayuh cepat daftar.

Thursday, October 2, 2014

BANGI NITE RIDE






Latar Belakang

Berdasarkan kepada sambutan yang menggalakkan terhadap sukan berbasikal dewasa ini, adalah wajar satu program kayuhan berbasikal waktu malam bersama dengan semua penggemar sukan ini terutama yang tinggal di kejiranan Bandar Baru Bangi dan sekitarnya.

Berbasikal adalah satu aktiviti riadah yang baik bagi mencapai tahap kesihatan optimum bagi semua golongan. Selain mudah untuk dilakukan oleh pelbagai peringkat dan masyarakat, ia juga merupakan acara riadah yang kurang menelan belanja yang banyak.

Berbasikal juga merupakan salah satu cara terbaik untuk kesihatan jantung. Ia akan meningkatkan degupan jantung dan akan menurunkan tekanan darah sama seperti sukan lain seperti berlari dan berenang.

Berbasikal juga merupakan hobi yang unik dan sukan ini juga dapat menghasilkan keharmonian, kesepaduan dan jalinan kekeluargaan yang sihat dan kukuh.

Penganjuran Bangi Nite Ride 2014 ini juga diharap dijadikan permulaan kepada penggemar sukan berbasikal untuk bersama-sama berkayuh di kawasan/laluan yang akan ditetapkan pada setiap Sabtu malam minggu keempat setiap bulan.




Objektif

Membuktikan kepada masyarakat bahawa sukan berbasikal boleh dilakukan oleh semua golongan dan memainkan peranan penting untuk menjaga kesihatan jantung.

Visi – Menjadikan sukan berbasikal sebagai satu program riadah universal dan pemangkin bagi menyedarkan masyarakat tentang pentingnya menjaga kesihatan terutamanya jantung.

Misi – Melalui sukan berbasikal, kita dapat melahirkan dan memupuk minat untuk menjadikan berbasikal sebagai satu sukan riadah yang boleh disertai oleh semua golongan masyarakat dan peringkat umur disamping mengekalkan kesihatan.